BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

Perginya 2010, Datangnya 2011

Salam


    Org laen dah siap buat smlm lg post ttg tahun 2010/2011 ni. Aku? Aku terhegeh-hegeh lg mcm kura-kura. Bkn nya malas, tp tak suka tuk aku pandang balik ke belakang. Tp org ade ckp, tuk maju ke hadapan, kita sekurangnya perlu lah jenguk ke belakang. Betul ke? Aku rasa logik jgk. Tiba saja tahun baru, semua org akan berikrar, berjanji, membuka buku baru. Aku plak tak pasti dengan hidupku tuk tahun 2011. Aku belum membuat apa-apa azam utk tahun yang baru ini. Perjalanan hidupku tuk tahun 2010 agak perit. Pelbagai perkara berlaku melibatkan perkara duka/hitam ke hampir semuanya.


    Ku mula kan dengan pengajian ku. 2010, pengajian ku berakhir. Tetapi bukan berakhir dengan gembira. Berakhir dengan kesedihan. Aku memilih sendiri perjalanan yang berliku tuk ku tempuhi bagi tahun 2011, walaupun byk peluang diberi padaku sebelum ini. Aku mengecewakan diriku dan orang di sekelilingku. Entah apa yang ku fikirkan, tidak ku tahu. Apa yang ingin ku capaikan sebelum ini, tidak pernah ku ketahui. Semua kesedihan ini ku terima disebabkan pemikiran ku yang cetek. Ingin ku undur waktunya, tetapi masakan boleh, kan? 


    2010 juga tahun yang sukar untuk ku dalam perhubungan. Perhubungan diantara kawan-kawan & perhubungan ku dengan "Dia". Dua perhubungan yang berakhir dengan suram. Org ckp berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Tp apa yg berlaku pd aku, sebaliknya. Nak katakan seribu, sepuluh pun belum ku capai kawan-kawan yang tinggal dan berhubung dengan ku. Tp ku bersyukur kerna masih ada yang setia bersama, sudi berkawan dengan ku. Ku berdoa biarlah mereka ini yang ku gelar, "kawan sejati" atau "kawan dunia akhirat" diberkati oleh Allah S.W.T senantiasa. Tuhan sahaja yang boleh membalas jasa yang mereka lakukan kepada ku. Insyaallah.



    Begitu juga kisah ku dengan "dia". Ku tak pasti hubungan kami masih boleh dipulihkan atau tidak. Aku tak pasti perasaan beliau terhadap ku selepas apa yang berlaku diantara kami. Perit nya perpisahan tuk ku tanggung setelah 4 tahun ku bersama dengannya. Biarlah org sekeliling ku bercakap, aku seorang lelaki yang "jiwang karat", ku tak peduli semua itu. Yang ku tahu, perasaan ku, cinta ini, diri beliau, tetap akan ada di dalam hati ku ini. Tidak pernah ku cuba lupuskannya, dan tidak akan. Ku kan menunggu dirinya sampai bila-bila kerna ini lah janji ku yang pernah ku ikrarkan pada dirinya semasa kami bersama, iaitu utk hidup bersama, susah & senang hingga lah kami menghembuskan nafas yang terakhir. Biarlah dirinya melupai janji ku itu, tp bukan aku, aku tidak akan melupakannya.
Ya Allah, Kau tutup lah pintu hatiku ini sekiranya ditakdirkan oleh Mu, bahwa hubungan aku dan dia tidak akan pulih, kerna aku tak sanggup menggantikan diri beliau dengan wanita lain. Cukuplah diri beliau yang terakhir dan selama-lamanya aku cintai. AMIN..
    Bila ku bincangkan dengan hal ini sesama lelaki, ku mendapat jawapan, "perempuan bro, byk lagi kat dunia ni ko leh cari". Tp, bila ku minta pendapat dengan wanita, ku dapat tamparan ini, "itu la ko, dulu dia ade, ko tak hormat dia, ko pandang sebelah mata je dia tu". Ku tak salahkan sesiapa dalam apa yang berlaku di dalam perhubungan diantara aku dan kawan-kawan serta bersama "dia". Ku tahu, diri ku, diri ini yang bersalah. Aku buat salah, aku terpaksa tanggung sendiri.


    Itu yang berlaku diantara aku, kawan-kawan, dan "dia". Keluarga? Tiada perkataan sesuai yang bleh ku ungkap kan disini. Harapan yang tinggi diletakkan ke atas ku utk berjaya dlm pelajaran, ku sia-sia kan nya begitu sahaja. Kini ku rasakan seperti diri ku ini dilahirkan untuk menyusahkan orang sekelilingku. Hidupnya aku, tuk menyusahkan mak & ayah ku. Hidupnya aku, tuk menyusahkan ahli keluarga ku yang laen. Hidupnya aku, tuk menyusahkan guruku. Hidupnya aku tuk menyusahkan kawan-kawanku. Hidupnya aku tuk menyusahkan "dia". Hidupnya aku tuk menyusahkan semua orang yang ku sayangi.


    Nak jgk tuk tahun 2011 ni, aku rasa nak hidup seorang diri. Sbb nya bila aku dekat je dgn seseorng, ade je bnda tak kena berlaku. Tp, bila aku fikirkan kembali, bleh ke aku hidup seorng diri tanpa bergantung pertolongan dengan org laen, walaupun sedikit. Aku rasa tak dapat aku lakukan semuanya berseorangan. Kini, dalam pemikiran ku, aku perlu melangkah walau ape pun yg brlaku. Ku berharap, dengan kedatangan tahun baru ini, sekurangnya berlaku sedikit perubahan pada diriku. Cukuplah sedikit perubahan yang boleh ku lakukan sebelum ku melangkah ke perubahan yang lebih baik.
Ya Allah, aku pohon padamu, berikan lah keberkatan dalam perjalanan hidup yang akan ku tempuhi ini. Kau berikanlah aku kekuatan & ketabahan kepada ku tuk aku menghadapi segala dugaan dari Mu, Ya Allah, & ku pohon padamu, berilah aku perlindungan dari hasutan syaitan neraka. AMIN...

4 Critics:

Fir Ikhwan Affandi said...
This comment has been removed by the author.
Admin said...

test...

Admin said...

sedih jer aku baca citer ko ni bro...rileks bro rieks...selagi kita mampu mengubahnya, kita pasti mampu, keyakinan diri tu kena ada.etak tekad dalam hati ko, ko juga manusia berguna. selamat tahun baru bro.

Fir Ikhwan Affandi said...

Adess..mmg tgh sabar la ni. Tgh tulis balik riwayat hidup aku ni