BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

Hormati lah Wanita wahai Lelaki

Salam

     Aduhai. Penat mata aku duk 24H tgk screen laptop ni ha. Nak cari kerja punya pasal. Terpaksa la korban mata, bersengkang tak kira masa. Tp mcm mana bz pun, aku kena la update jgk blog aku ni. Hari ni nak kongsi info atau nak bg nasihat skit kat laki-laki yang kat luar tu. Asal aku nak nasihat? Sbb aku laki la aku nak nasihat, kalo aku pompuan, aku nasihat la pompuan ape yg ptot.

     Mcm biase la. Mula-mula aku x kisah pe org nak ckp. Aku ni jiwang ke. Pe ke? Ade aku peduli? Aku nak amik peluang yang ade, pengalaman yg ade, tuk tolong laki-laki kat luar sana dari bt salah yang sebenarnya kita, bleh elakkan dari berlaku. Layak, tak layak aku nasihat ttg hal ni, itu atas korang la nak fikir k. Aku sebenarnya nak nasihat sikit kat laki luar sana ttg sifat & tingkah laku korang pada couple korang masing2. Aku tak nak la pe yg jd pada aku, trjadi pada korang. Harap lepas korang baca ni, ade masa lg ni, korang jagalah elok2 isteri/girlfriend korang. Sayang la diorng elok2. Hormatilah diorng elok2

  
     Sebelum tu, tuk pengetahuan korang suma, mungkin korang ade pernah dengar, & ade yang x pernah dgr. Tp xpe la. Aku kongsi kan jgk. Aku dpt tahu bnda ni pun lepas aku pi jumpa sorang ustaz. Ustaz tu ckp, aku x ingat secara detail, dia cakap "Dalam Islam ada dinyatakan, "LELAKI YANG BAIK, UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK". Aku bila dengar je ustaz tu ckp mcm tu, terus fikir. "aku ni lelaki yang mana? layak ke aku tuk "dia"? Tp x guna dah kot aku fikir lg, sbb peluang aku tuk kembali kepada "dia", dah tutup. So, korang yang ade peluang lagi ni, berubah la cepat, sebelum nasi jadi bubur k bro..


     Ok. Pe yg korang perlu buat antara korang dengan isteri/girlfriend korang? Banyak benda kita kena ubah. Biar kita berubah, kita punya pasangan tak berubah, xpe la bro. Lambat laun, tuhan akan turunkan hidayat jugak tuk diorng sedar & berubah. So here goes:

1) Ego & Sifat Amarah
Yes bro! Perkara ni paling penting. Ego & amarah kita, kita kena jaga betul2. Lama mana pun korang couple, jd suami isteri, tp kalo korang duk marah selalu wanita kesyangan korang, tak mustahil, suatu hari, diorng x kan tahan, dan akhirnya mintak break! Please bro, korang rendah kan la ego masing2. Jgn la suma masalah/hal korang nak settle kan dengan masalah. Ingat! Pasangan kita ada perasaan jgk bro..

2) Pujian
Latihkan diri korang tuk puji pasangan korang. Pujian yg camne? Yes, dah tentu la pujian ikhlas dari seorang lelaki senantiasa dinanti oleh pasangan diorng. Cukuplah sehari, satu pujian korang bagi. Cthnya mcm, " Cantik la sayang hari" , "Manis senyuman awak hari ini" , "Sedap masakan baby malam ni". Dah cukup. Percaya lah, diorng mula-mula rasa pelik, tetapi lama-kelamaan, pasangan kita akan biasa dgn pujian kita. Tp, tukar-tukar la jgk pujian tu. Jgn la suma same je. Naik muak nnt diorng dgr..

3) Bertukar Pendapat & Amik Berat
Kalo pasangan korang ada masalah, tolong la ringan kan mulut bertanya pd diorng, "Ada masalah ke? Ade yg Abang leh tolong?" Insyaallah. Pasangan korang akan sentiasa hargai pertolongan korang. Kalo ada perkara nak dibincangkan tu, bincang la secara "slow talk" org ckp. Sentiasa bertukar pendapat memudahkan dan melancarkan perhubungan korang. Xde la korang buat sesuka hati, dalam diam, hati pasangan korang terluka. Masa berbincang dgn pasangan korang tu, elak kan la point 1, yg aku ckp kat ats td, ego & amarah korang.

4) Pujuk Memujuk
Dlm hal ini, aku tau ramai lelaki yg fail skit! Tp cuba la walau pun sikit k bro. Ringan kan sikit mulut. Ringan kan sikit tangan (bukan ringan kan tangan tuk tampar pasangan korang!). Turun kan sikit rasa ego kita, & pujuk diorng elok-elok kalo diorng merajuk/bersedih. Bukan tuk org lain jgk, pasangan cinta kita jgk. Tak payah la malu-malu tuk pujuk diorng. Bila korang pujuk pasangan masing2, diorng akan rasa yg diorng sentiasa selamat dan merasa yang lelaki diorng sentiasa amik berat k.

5) Hormati Pasangan
Hormat pe ek? Byk benda kita kena hormat bila kita berdampingan dengan seorng wanita. Salah satunya, hormatilah masa pasangan anda. Korang perlu tau, pasangan korang pun nak masa tuk diorng sendiri jgk, mcm kuar dgn kawan-kawan wanita dia cthnya. Selain tu, hormati la maruah wanita. Korang kena la ibaratkan pasangan korang suatu kain putih, yang mudah kotor kalo terkena sedikit kotoran. Kain putih tu, korang kena la jaga sebaiknya tuk elak dari tercemar. Korang faham kan maksud ku pe. Dalam Islam jugak, kita sebagai lelaki yang perlu bimbing diorng, bukan wanita yg bimbing lelaki, sebolehnya!

Sebenarnya byk lagi yang aku nak kongsi kan. Tp cukuplah sekadar 5 perkara kat ats. Sebelum aku akhiri article aku ni, aku nak kongsi sikit sesuatu ttg wanita. (credits to anaz87 )

Jika wanitamu menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi... 

* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya2! 

* Seorang wanita tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! 

* Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya. 

* Wahai lelaki,jika seorang wanita pernah menangis krnmu, tolong pegang tangannya dng penuh pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

* Wahai lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu, tolong jng menyia-nyiakannya. Mgkn, krn keputusanmu, kau merosak kehidupannya. 

* Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh ke dlm matanya. Dptkah kaulihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ? 


Dan ingatlah kita, wahai lelaki, pabila kita kesakitan, kita akan membenci, tetapi apabila seorang wanita dalam  kesakitan, rasa sayang, rindu & cintanya semakin mendalam. Begitu juga wahai lelaki, jgn lah kita sentiasa merendahkan perasaan wanita kerana mereka diciptakan sebegitu rupa. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan WANITA SULIT UNTUK MENCARI SESUATU YANG DIA BENCI UNTUK ORANG YANG PALING DIA SAYANGI.

2 Critics:

Khairul Amry Mohamad Puad said...

memang tarbaik dari ladang entry ko ni....thanx bro atas perkongsian ni..kadang pembelajaran tu berlaku apabila kita telah melalui satu -satu detik tu...
pham tak maksud aku..
kalau tak paham buat2 paham jer lah..huhu

Fir Ikhwan said...

Aku fhm sgt2 bro, pe yg ko nk smpaikn. Certain pengalaman, kita dpt dgn cara yg perit, certain pengalaman kita dpt dgn mudah. Tp, yg aku tau, pengalaman la yg mngajar kita suma.