Salam.
Disebabkan kebosanan yang amat berlaku & kekosongan/ketandusan idea kepala otak aku tuk bercerita atau berkongsi ttg sesuatu, so aku bersetuju lah tuk bercerita serba sedikit ttg family ku. Ait! Kalo korang tgk title aku kat ats, aku ade sebut ttg bertambahnya ahli keluarga aku kan? Yup, Insyaallah, akhir bulan 4 ni, akan tiba lah keluarga baru aku tersebut. Nanti aku cite lg pasal saudara baru aku tu...
Ait. So, startin from top, dah tentu la mak & ayah aku, yg ku panggil papa & mama. Papa ku, bernama Affandi Bin Kamaruddin. Kerjanya mendidik anak murid sekolah rendah, iaitu sbg Guru Besar. Insyaallah, lagi 2 tahun papa ku akan bersara kerna umurnya semakin meningkat. Skang ni, beliau berumur 56 tahun. Tp, aku tgk, makin tua umurnya, semakin muda pulak smngat dan fizikal nya..Hehe..papa, papa. Di sisi seorang lelaki atau raja, mesti lah terdapat si permaisuri atau perempuan, di mana ku panggil beliau mama. Maharom Bt Ghazali nama beliau dan umurnya sama dgn ayahku, 56, cuma mama lebih tua dari segi bulan. Mama seorang suri rumah sekarang ini. Sebelum ini, dia bekerja di sebuah syarikat di kemaman, tetapi mengambil keputusan tuk bersara...
Ok. Kita go on dgn anak-anaknya. Papa & mama mempunyai 4 orak anak, termasuk la aku. 4 orang anak, dimana 3 lelaki, 1 perempuan. Ok, yang sulung, adalah lelaki, dimana ku memanggil nya dgn pnggilan abang. Namanya Firdaus Bin Affandi. Berumur 29 tahun (agaknya la..Haha. Aku pun x sure). Dah berkahwin dgn Kak Dila (kakak ipar ku. Sori sgt2. Nama penuh aku terlupa..hehe.jahat giler aku) & mempunyai seorang anak lelaki, yang teramat la buas dan degil, bernama Altamis Rusyaidi, atau aku panggilnya "Tamis". Mmg penat nak jaga budak ni sorang. Kalo nak jaga, kita punya mata, mmg x leh pandang tmpt laen. Jwbnya, ade la benda/hal x elok berlaku nnt..
Anak kedua, adalah satu-satu nya Cinderella dlm keluarga kami. Walau pun hanya seorang, tak bermakna dia bersifat manja. "Kak Ngah" dibahasakan dirinya amatlah berdisiplin berlainan dgn adik beradik lelaki nya. Sebab tu juga dia boleh dikira anak yg paling berjaya dlm keluarga kami. Opsss! Namanya? Nama penuh kak ngah ialah Firmilia Bt Affandi. Berumur 28 tahun. Beza setahun je dgn abang aku. Ingin ku tekan kan kat cni, dia juga sudah berkahwin dgn Abg Muin (Abang Ipar ku, dimana aku lupe nama penuhnya juga..Aduhai. Adik jenis pe la aku ni?) Ait! Td aku ada cite pasal family baru kan? Yes! Kak ngah aku sdng mengandung anak sulung nya. Girl or Boy, belum la aku tau sbb dia nak rahsiakan. Nak bt suprise kata nya...
Anak ketiga? Aku la...Sape lg. Aku berumur 23 tahun. Nama ku? Kat sebelah kanan tu kan dah ade? Ok la. Fir Ikhwan Bin Affandi adalah nama ku. Nama aku jgk paling panjang antara adik beradik. Aku jgk anak yang bleh dikira paling degil la. Kalo masa sekolah rendah dgn papa, mmg x sah satu hari kena marah or kena rotan..Hehe..Biasa la tu. Anak ketiga katakan. Kalo nak tgk dari segi unsur, anak ketiga kan ke api? Hehe..betul or x, aku x tau
Last, the bongsu one, yg smpai sudah, aku biasakan panggil dia adik, walau pun umurnya skang ni dah masuk 19 tahun. Namanya ialah Firmizie Bin Affandi. Beza umur aku dgn mizie ialah 4 tahun. Sbb beza umur yg byk jgk la aku selalu gaduh dgn dia.Haha. Besar pun still gaduh tau! Pe la. Mcm budak2. Skang ni dia tgh study kat ILP Mersing. Alhamdulillah. X lama lg hbs la dia study. Dan aku percaya, dia jgk boleh bt papa & mama bangga, satu hari nnt. Insyallah.
Ait! Kalo korang perasan, papa & mama aku namakan suma anak nya bermula dgn "Fir" kan? Start dari sulung, Firdaus, Firmilia, Fir Ikhwan & Firmizie. Yup. Itulah keunikan nama yg papa & mama berikan pada kami berempat. Aku masih tertanya-tanya sampai skang, nape papa & mama nama kan nama kami dgn "Fir" pada permulaan nama, & ape maksud "Fir" tersebut. Ada sesetengah pihak cuba nak main2 kan nama aku, tp aku bt x tau & aku bangga ada nama yg unik mcm ni.
Last, kalo korang baca betul2 la kan, ade berapa suma ahli keluarga skang ni, termasuk la "The New Coming" ? Yup. 10 orang! Alhamdulillah. Tuhan bagi kami rezeki hidup bekeluarga yang aku boleh katakan, amatlah meriah. Paling best, bila beraya, kampung belah papa. Mintak maaf la byk2 pada keluarga saudara aku yg laen bila keluarga aku buka korum tuk bersalam. Yg laen kena ketepi dulu, sebab ahli keluarga aku paling ramai antara keluarga saudara aku yang laen...Aku berharap, keluarga aku akan kekal bahagia selamanya. Amin
(BELAKANG DARI KIRI)
Firmilia (Kak Ngah), Kak Dila (Kakak Ipar), Altamis (Anak Abang), Papa, Mama, Firdaus (Abang), Abg Muin (Abg Ipar)
(DEPAN DARI KIRI)
Fir Ikhwan (Aku la..), Firmizie (Adik)
1 Critics:
uiks..ayah ko nampak muda erk....nampak lebih muda dari mak.
muda lagi la ko ni dari aku. hehe
Post a Comment