BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

Blog ku bernilai ??????

Salam

Td aku buat blogjogging skit..Then aku stop la kat blog Miss Imaza93 tuk melepaskan penat lelah jap. Aku baca dia nya latest post bout 1 web tu, http://bizinformation.org/my/ . Web tu bleh calculate berapa nilai ko nya website. Pergh! Agak canggih di situ! So, aku dgn teruja nak tau la brp la nilai blog aku ni. Kot2 kalo mahal, leh la aku jual kat tokey Yahoo ke, Gmail ke, x pun kat Mr. Mark Zuckerberg, owner facebook tu. (Haha, berangan je la aku ni)

So, aku copy tampal aku nya blog url kat situ, then website tu pun calculate la...Tok Tek Tok Tek, kuar la nilainya..Berapa gamak nya nilai blog aku? Zzzzzz....Blog aku bernilai $1561.08 je. Lepas di convert ke Ringgit Malaysia, bernilai RM 4766.76. Haha. Ade hati aku nak jual blog aku dgn nilai camtu. Sabo je la.

Huhu..Ingat berjuta-juta USD nilai blog aku, tgk2 ciput je! Haha

Tp xpe, kan ku terus kan usaha ku utk tingkat lg mutu blog aku ni. Biasa la tu, newbie la katakan. Pelan-pelan kayuh, jgn gopoh (katanya dek Cat Farish). Ait! So, korang leh la test plak, brp nilai blog korang or website korang k! Ade cecah juta or BiL LiI OoN x? Selamat mencuba k! Link dah aku bg kat kat ats. (Again thanks to Miss Imaza93 for the nice info)

Gila Gatai Bebenor Dia Ni....

Salam


Ni post ke 2 aku ttg lawak. Cuba korang tgk gambar yg aku upload kat ats? Tgh aku duk google gmbr berkaitan "Humour", terjumpa plak aku dgn gmbr ni. Haha..Gila Sex tul aku tgk. Nak gelak pun ade aku tgk. Leh plak camera man ni shoot tepat baek punya gmbr. X sangka aku. Prince Charles tu beb..Haha..

Bleh je plak tgn dia tu terbuka mcm tu. Pompuan tu plak bleh lak suka-suka je bila Prince Charles buat tgn camtu. Haha..Aku ingat anak-anak dia je yg jenis gatal, tapi ayah nya pun sama jgk. "Bapa Borek Anak Rintik" org ckp. Hehe...Hopefully aku x kena saman dek diorng. Kalo x, mati aku kena saman berjuta-juta USD nnt. Owh Tidak!

Johan Xde Telinga

Salam.





Hari ni aku ingat nak kongsi satu lawak la dgn korang, sementara aku duk tunggu waktu maghrib tiba. Lawak ni aku dapat dari kawan aku, (credit to budakprebet). Bukan aku nya hasil nukilan k, aku cuma nak berkongsi. Sekurangnya, menceriakan sedikit hati kita yang gundah gulana hari ni..X gitu?

Ait! Citenya begini....

Alhamdulillah! Family ku akan bertambah lagi...

Salam.


Disebabkan kebosanan yang amat berlaku & kekosongan/ketandusan idea kepala otak aku tuk bercerita atau berkongsi ttg sesuatu, so aku bersetuju lah tuk bercerita serba sedikit ttg family ku. Ait! Kalo korang tgk title aku kat ats, aku ade sebut ttg bertambahnya ahli keluarga aku kan? Yup, Insyaallah, akhir bulan 4 ni, akan tiba lah keluarga baru aku tersebut. Nanti aku cite lg pasal saudara baru aku tu...

Ait. So, startin from top, dah tentu la mak & ayah aku, yg ku panggil papa & mama. Papa ku, bernama Affandi Bin Kamaruddin. Kerjanya mendidik anak murid sekolah rendah, iaitu sbg Guru Besar. Insyaallah, lagi 2 tahun papa ku akan bersara kerna umurnya semakin meningkat. Skang ni, beliau berumur 56 tahun. Tp, aku tgk, makin tua umurnya, semakin muda pulak smngat dan fizikal nya..Hehe..papa, papa. Di sisi seorang lelaki atau raja, mesti lah terdapat si permaisuri atau perempuan, di mana ku panggil beliau mama. Maharom Bt Ghazali nama beliau dan umurnya sama dgn ayahku, 56, cuma mama lebih tua dari segi bulan. Mama seorang suri rumah sekarang ini. Sebelum ini, dia bekerja di sebuah syarikat di kemaman, tetapi mengambil keputusan tuk bersara...

Ouch! Are You Sure That Justin Bieber?

Salam

     Ait! Dah lama aku x berblog disebabkan xde idea. Dah perah hbs2 kepala otak aku ni, pe la nak dikongsikan bersama, tp x dpt2 jgk. Pagi td baru la aku dpt idea nak kongsi pe. So, aku decide nak kongsi cite pasal penyanyi remaja yg tgh top kat US skang ni, yg mana ramai bebenor la peminat nya terdiri dr wanita. Ait! Siapa lagi kalo bukan Justin Bieber....

JUSTIN BIEBER

      Sumanya berlaku pagi td, duk aku khusyuk tgk astro, channel MTV (713). Masa tu ada program "VH1 Short List". Pergh! Mmg klaka tv program tu. Masa aku duk tgk tu, tema diorng waktu tu ialah "The Most Awkward Celebrity Moment". So diorng buat 10 List ttg moment yg paling Awkward berlaku kat selebriti US. Salah satu yg termasuk dlm list diorng tu ialah Justin Bieber. Pe yg berlaku? Pe yg budak ni dah buat smpai kelakar habis? Hehe. Aku ade upload video nya kat bawah. So, boleh la korang tgk pe yg budak ni dah bt sampai kan dia di list kan no 7 dlm  "The Most Awkward Celebrity Moment".

      Opss! Mintak Maaf pada peminat Justin Bieber ya! Ala, gurau2 je. Maybe ade sesetengah org dah tau hal ni. Tp aku kongsi kan jgk...Tuk happy2 la katakan..

video

P/S: Kalo aku la, malu mmg tak terkira la. Tp, perkara-perkara mcm ni buat kita jd matang jgk. So lepas ni, dah tau pe kan berlaku, bleh la elak ianya dari berlaku lg.

1st Post Using My BB Bold 9000

Salam

Ait! Post kali ni agak pendek skit sbb aku create post ni guna BB aku. Saje2 nak test, nak tgk, jd ke x. Kalo jd, elok, nice je look nya mcm post through comp, lepas ni x pyah la penat2 aku on kan comp n berblogging through comp lg. Akan ku berblogging melalui BB Bold 9000 aku shj..Yezza...

So, inilah hasilnya!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Untuk 3 Hari

Salam

     Aku ada 1 soklan nak tnya korang. Korang kenal x dgn Ahadiat Akashah. Penulis novel yg terkenal dgn novel "Lagenda Budak Setan", "Katerina" & "Kashah - Lagenda Berakhir"? Mesti korang kenal dia kan? Sbb novel nukilan nya, iaitu "Lagenda Budak Setan" telah diadaptasikan ke filem dgn judul yg sama. Filem tersebut mendapat sambutan yg hangat, sampai ade jgk lelaki yg pi tgk filem tersebut, meruntum jiwa, menangis dlm pawagam...Huhu..Hebat penangan citenya...

Filem "Lagenda Budak Setan"

Loving You

Salam

     Dh beberapa hari aku x bt sebarang post...sumanya disebabkan tiada tenet. Haha! Tuk pengetahuan korang, aku hack je tenet yg ade di sekitar kwsn rmh aku. Hehe. Xde la. Ade wifi free kat kwsn rmh aku yg x pkai password, tu yg aku tumpang sekaki "pinjam", tuk surf tenet.

     Ok la. Mlm ni mmg aku xde pe nak bercerita, nak berkongsi dgn korang. Mlm ni, tiba2  je aku jd jiwang. Aku sebenarnya br je hbs baca beberapa part dlm novel "Lagenda Budak Setan (Saga 1)". Haha! Leh korang percaya x? Aku baca novel? Zzzz..Pe salah bro/sis suma kan? Normal la tu. Xde pun kesalahan aku buat kat situ. Sambil-sambil aku baca novel tu, aku layan sekali lagu dari Minnie Riperton, "Loving You". Aku pasti ade antara korang pernah dgr lagu ni. Lagu old skool tu..Kat bawah aku upload kat video dia.

video
Minnie Riperton - Loving You

Where Mmmm, meets Aaahhh!

Salam


     Hoho. First off all, jgn ingat tajuk post aku kat ats tu, ade kena mengena dgn seks ye! Xde! Today post is bout me...Ttg aku p mkn kat mcd (mkn kat mcd pun nk cite ke?) Haha.. Peduli pe aku. Aku nak cite jgk..Bkn pe. Td idea nak tulis, nak kongsi cite. Ape salah, sekali sekala aku merapu meraban lak kan?

     At 1600H td, aku p Times Square (TS). Tujuan utama aku p sana bukan tuk p shopping or berjln-jln tgk wyg or berhibur ke pe. Just dtg TS tuk gunting rambut je kat Micheal & Guys Saloon. Dah slsai segala nya kat saloon tu, aku p la MPH Bookstore jap, tuk order certain books. Hopefully la buku yg aku nak tu ade kat outlet laen. By next week, buku yg aku order tu akan smpai. Wah! Cpt la skit ko smpai yek!

     Oh! Terlupe nak cite. Odw aku p TS, aku terserempak la dgn sorang blogger perempuan ni. Aku kenal dia, cuz aku ade baca dia nya post/artikel baru-baru ni. Aku pasti sgt dia adlh one of the blogger yg join gengblogger group. Aku nak konpem kan dia btul ke x, aku buke la gengblogger nya web guna BB aku. Check2, mmg sah. Aku nak tegur mulanya. Tp duk fikir2, biar je la. Lagipun, dia bleh dikira very the senior la dlm gengblogger. Aku ni baru je ha nak merangkak..So, aku batalkan la niat tuk menegurnya..

Gembira & Sedih


Salam

    Gembira dan sedih. Saban hari bleh dikatakan, hidup kita sntiasa diselubungi dengan perasaan ni. X pasti la plak kalo ade orang yg x pernah alami benda ni. Mesti ade "short circuit" la tu kat mane2 bhgn otak dia...huhu. Laen org, laen bngsa, laen agama, laen ape lagi, mksud gembira & sedih pada kita suma tak same. Percaya atau tak? Waktu alami gmbira dan kesdihan ni pun pasti berbeza antara satu same laen kan? Ade yg alami gmbira hr ni, sok nya brsedih, ade yg brsedih dulu, soknya gembira sakan, ade yg gmbira je memanjang & ade jgk yg sedih memanjang. Menurut agama Islam lak, biarlah kita bersedih di atas muka bumi ini, kelak di akhirat kita mendapat kegembiraan yg byk.


    Perasaan ni jgk selalunya tercetus akibat dari pelbagai perkara yang melanda pada diri kita. Contohnya, prpisahan dlm prhubungan ke, dapat keputusan XM yg bgus ke, dapat gaji & bonus pd hjung bln ke & byk lagi la bnda atau hal yg leh cetuskan perasaan gmbira & sedih ni. Bila kita duk alami perasaan ni, sesetengah org suka brkongsi perasaan ni dgn org laen & ade yg laen, suka solokan diri bila alami gembira atau sedih. Pas 2 plak, si A yg nak berkongsi perasaan gembira atau sedih dgn si B ni plak, baek punya si B ni bt x tau je. Dia bt bodoh je pd kita. Kebanyakkannya berlaku pade org yg bersedih la. Dlm dunia ni, brp kerat sgt la yg nak berkongsi kesedihan dan kesusahan org laen. Tp kalo bab gembira, "Yo, my friends! I kan kawan dunia akhirat you! kongsi la gembira ko dgn ak jgk!"...erm, tul x? Manusia...nak bt cmne. Dh dijadikan tuhan, manusia ade plbagai ragam kn..


Incoming! The 4th Child

Salam

     Nyaman tul pagi-pagi ni. Sedap duk sorang2, kul 3,4 pagi, mencari idea tuk dijadikan entry blog yg seterusnya. Asal ade gmbr beckham lak ni aku letakkan? Hoho. Ni la aku nak cite kan. Sedang aku walking2 kat facebook aku, aku view la page Beckham ( yg official k!). Kat page tu, dia post la pasal bnda terbaru yg berlaku kat isteri & fmily dia.

     Ape yg berlaku kat family dia? Yup, isteri Beckham, Victoria Beckham a.k.a Posh (Spice Girls), telah dikatakan mengandung. Dijangkakan anak baru diorng akan tiba this summer. Anak laki or pompuan, itu tak dpt la dipastikan lg, sbb masih terlalu awal. Beckham ckp jugak yg suma family dia termsuk 3 anak lakinya, iaitu, Brooklyn, Romeo & Cruz x sabar2 nak tunggu adik diorng yg baru tu.

Pertukaran Status!

Salam

     Syukur, Alhamdulillah, leh jgk kita jumpa skali lg. Ape cite yg aku nak kongsi  hari ni? Leh teka? Korang tgk la tajuk article aku n gambar yg aku letak kat ats tu? Pe dia? X tau jgk. Aduhai..Pasal kahwin la..Asal aku nak cite pasal benda ni? Ntah. Aku pun x tau. Tiba2 je dtg dlm kepala aku, terus melekat, tgn aku bergerak typing tajuk kat ats..Hahaha..

     Xde la. Pagi2 buta ni tiba2 aku jd sensentap (sensitif la) skit. Tgh2  aku duk layan lagu old times fav aku iaitu, "Hold You Down" dari Jennifer Lopez Feat. Fat Joe, terus aku nak buat article. Pertukaran status? Yup! Dari status "single" bertukar kpd status "married". Pasal status laen, malas aku nak amik tau. Aku nak cite yg gembira je k. Seronok x berkahwin ni? Bro & Sis suma, sape yg ckp x srnok, aku hempuk kepala korang nnt. Mmg aku x fhm la kalo ade yg ckp x srnok berkahwin..Haha. Gurau je. X kan la aku nak hempuk btul. Ats korang la nak suka or x. Jodoh masing2 kan? 

     Aku nak cite pasal kahwin org skang ni je. Aku tgk la, aku ulang sekali lg, aku tgk la kan, ramai dah pasangan yg berani & berupaya utk kahwin muda skang ni. Mcm dah nak ikut trend mak ayah kita masa muda2 dulu, bila diorng kawen time2 muda, masa umur 16, 17, 19 tahun camtu. Aku sedar keadaan ni (korang suma x tau la sedar ke x) sejak 3 ke 4 tahun ni, trend kawen muda tu dah nak active balik.

Penatnya Menunggu!

Salam

     Aduhai.... Penat tul! Penat den menunggu ni! Aku tunggu pe ni? Yup. Aku tunggu Tv Series fav aku disambung tayang balik tuk tahun 2011 ni. Antara Tv Series fav aku ialah seperti berikut....

SUPERNATURAL (SEASON 6)
Cite pasal dua beradik lawan hantu & paranormal segalanya lah. Aku dh ikut dari season 1 Tv series ni. Top 1st fav series aku..

SMALLVILLE (SEASON 9)
Pasal Tv Series ni, sape yg x knal jgk, aku x tau la. Kat Tv3 ade tayang dulu. Tp sampai season berape aku x ingat. Smallville ni kire merangkap cite pasal Clark Kent masa muda sebelum dia btul2 jd Superman. Tp ni dh season 9, season akhir sebelum dia jd superman sepenuhnya. Aku follow cite ni dr season 6. X tau sbb ape tgh2 cite bru aku nak tgk...huhu. Tp yg ptg mmg best! My 2nd Spot Fav Tv Series..

Hormati lah Wanita wahai Lelaki

Salam

     Aduhai. Penat mata aku duk 24H tgk screen laptop ni ha. Nak cari kerja punya pasal. Terpaksa la korban mata, bersengkang tak kira masa. Tp mcm mana bz pun, aku kena la update jgk blog aku ni. Hari ni nak kongsi info atau nak bg nasihat skit kat laki-laki yang kat luar tu. Asal aku nak nasihat? Sbb aku laki la aku nak nasihat, kalo aku pompuan, aku nasihat la pompuan ape yg ptot.

     Mcm biase la. Mula-mula aku x kisah pe org nak ckp. Aku ni jiwang ke. Pe ke? Ade aku peduli? Aku nak amik peluang yang ade, pengalaman yg ade, tuk tolong laki-laki kat luar sana dari bt salah yang sebenarnya kita, bleh elakkan dari berlaku. Layak, tak layak aku nasihat ttg hal ni, itu atas korang la nak fikir k. Aku sebenarnya nak nasihat sikit kat laki luar sana ttg sifat & tingkah laku korang pada couple korang masing2. Aku tak nak la pe yg jd pada aku, trjadi pada korang. Harap lepas korang baca ni, ade masa lg ni, korang jagalah elok2 isteri/girlfriend korang. Sayang la diorng elok2. Hormatilah diorng elok2

  

Perginya 2010, Datangnya 2011

Salam


    Org laen dah siap buat smlm lg post ttg tahun 2010/2011 ni. Aku? Aku terhegeh-hegeh lg mcm kura-kura. Bkn nya malas, tp tak suka tuk aku pandang balik ke belakang. Tp org ade ckp, tuk maju ke hadapan, kita sekurangnya perlu lah jenguk ke belakang. Betul ke? Aku rasa logik jgk. Tiba saja tahun baru, semua org akan berikrar, berjanji, membuka buku baru. Aku plak tak pasti dengan hidupku tuk tahun 2011. Aku belum membuat apa-apa azam utk tahun yang baru ini. Perjalanan hidupku tuk tahun 2010 agak perit. Pelbagai perkara berlaku melibatkan perkara duka/hitam ke hampir semuanya.


    Ku mula kan dengan pengajian ku. 2010, pengajian ku berakhir. Tetapi bukan berakhir dengan gembira. Berakhir dengan kesedihan. Aku memilih sendiri perjalanan yang berliku tuk ku tempuhi bagi tahun 2011, walaupun byk peluang diberi padaku sebelum ini. Aku mengecewakan diriku dan orang di sekelilingku. Entah apa yang ku fikirkan, tidak ku tahu. Apa yang ingin ku capaikan sebelum ini, tidak pernah ku ketahui. Semua kesedihan ini ku terima disebabkan pemikiran ku yang cetek. Ingin ku undur waktunya, tetapi masakan boleh, kan? 


    2010 juga tahun yang sukar untuk ku dalam perhubungan. Perhubungan diantara kawan-kawan & perhubungan ku dengan "Dia". Dua perhubungan yang berakhir dengan suram. Org ckp berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Tp apa yg berlaku pd aku, sebaliknya. Nak katakan seribu, sepuluh pun belum ku capai kawan-kawan yang tinggal dan berhubung dengan ku. Tp ku bersyukur kerna masih ada yang setia bersama, sudi berkawan dengan ku. Ku berdoa biarlah mereka ini yang ku gelar, "kawan sejati" atau "kawan dunia akhirat" diberkati oleh Allah S.W.T senantiasa. Tuhan sahaja yang boleh membalas jasa yang mereka lakukan kepada ku. Insyaallah.

Meh la kita berhenti BERDENGKUR / SNORING

Salam

    Patutnya, first post tuk tahun 2011 ni, kita duk cerita pasal musim 2010/2011 la kan? Aku mmg nak duk cite pasal tu, tp malam-malam skit la cite pasal hidup aku di 2010 dan yang baru di 2011 ni. Malam baru ade feel skit nak cite pasal bnda tu suma. Lg pun byk benda nak cite kalo libatkan 2010/2011 ni..So, aku go on balik dgn post kesihatan aku hari ini.

    So, aku nak bercakap pasal pe hari ni? Yup! Pasal berdengkur atau "Snoring"...Aku agak la kan, mesti dalam family korang, salah seorang nya bila tidur, mesti berdengkur giler2 nya. Btul x? Kalo x husband, mesti wife, atuk ke, nenek ke, ayah ke, mak ke, adik ke, abang atau korang sendiri yang berdengkur. Kan? Kan? Kan? Hehehe...Mcm2 bunyi, mcm2 jenis dengkur ade kat dunia kalo korang nak tau. Tp, kita yg tak berdengkur, bleh plak bt hal berdengkur / "snoring" macam satu bahan lawak. Hoho, lawak, lawak jugak kawan2. Kalo korang nak tau, berdengkur semasa tidur ni, BERBAHAYA k, boleh membawa kepada simptom yang serius iaitu OSA atau "Obstructive Sleep Apnea". So aku cite la skit ape itu OSA, ape itu "snoring" and cmne nak elakkan "snoring" ni k!. Owh satu lagi, pada sesiapa yang ingat dia tak pernah tidur tanpa kehadiran "snoring" ni, mintak maaf ek. Kemungkinan korang tuk "snoring" sentiasa ade k.

Faizal Yusop Meninggal?

Salam.

    Faizal Yusop  a.k.a ex husband Siti Nordiana (Penyanyi) dikatakan meninggal dunia sebentar td dlm kul 2.30 ptg di Hospital Pusrawi akibat diserang sakit jantung atau "heart attack". Mula-mula tak nak percaya, tp setelah selidik di web, tv & radio, dipercayai Faizal telah selamat kembali ke Rahmatullah. Sama-sama la kita sedekah kan Al-Fatihah buat arwah dan saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga arwah Faizal Yusop. Moga roh arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Sebelum ini, arwah Faizal sempat berlakon di dalam satu drama yang ditayangkan di TV3 yang menjadi tontonan hangat setiap rakyat Malaysia pada waktu petang iaitu drama "ADAMAYA"...AMIN

    Setiap Yang Hidup Akan Mati, Di Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan, & Dari Tanah Allah S.W.T Jadikan kita, Kepada Tanah Juga Kita Kembali.