BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

GATHERING BLOGGER TUK KAWAN-KAWAN KUANTAN/PAHANG?

Salam



Aku duk belek sana sini blog kwn2 td. Tiba-tiba hati duk dengki, jelous nak mampus sbb duk baca entry sorang2 yg duk kata nak bt gathering blogger sana sini. Huhuhu.. Best nya! Aku nak join jgk!

Tp agak syg, kebanyakkan nya gathering agak jauh dari tmpt aku, kuantan. So, ak ingat, nak la ajak kwn2 blogger, segala otai blogger dari kuantan, meh la kita bt satu gathering tuk blogger kuantan.. X nak ke kenal2 sama sendiri..

Syok skit dpt kenal kwn blogger yg baru. Aku duk kuantan tp nak dgr blogger tertentu dari kuantan nak bt gathering bkn maen payah! X tau la kalo aku terlepas pandang or tersilap dengar ttg activity gathering blogger kuantan sblm ni...

So pada otai2 blogger dari pahang secara umum atau kuantan secara khususnya, meh la kita anjur satu prog tuk kita suma. Kita bincang sama-sama, then kita bt. Baru nmpk seronok skit. Asyik2, nak gathering, kena pi KL. Skit2 KL. Adoi.. kalo jenis yg byk duit, leh la travel jauh2. Yg sederhana punya kewangan? Erm... dengor sambil tgk gamborje la jwb nya..

Ala, kat kuantan ni bkn maen byk tmpt leh duk bt gathering. Tu ha! Kat Teluk Cempedak (TC). Famous pe? Nak maen bowling pun ad kat kuantan. Tgk wyg? Pun ada.. So, pe lg? X pun, meh kita pi cherating ramai2. Haha. Gempak seih!

Kalo ada yg leh sanggup bekerjasama dlm nak bt prog gathering ni, leh contact sama sendiri. Kalo xde jgk, xpe la. Nak bt cmne kan? Biar je la. Pi je la gathering kat KL tu ha.. Haha.. Merajuk la plak!

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER


Blogwalking kat blog abg ben, then terjumpa dgn satu lagi segmen baru dari dia. Pe lagi, pada semua new blogger, meh la kita join segmen ni sambil2 tambah kenalan..

Nak join? Klik SINI

I'm Waiting...

Salam

Td duk bt blogwalking kat blog kwn2. Then singgah la jap kat blog kwn aku, Oh no!. Duk belek, belek entry dia, aku terbaca satu entry nya. X tau la tu entry ke x, sbb x bertajuk. Entry cuma ada satu keping gmbr je.

Tp kat gmbr tu, ada tulis satu ayat
It's hard to wait around for something you know might never happen but it's harder to give up when you know it's everything you want

Erm.. mcm pelik skit kan bunyi nya? Bagi yg org duk pandang sekali ayat tu, mmg x kan faham...

So, kalo korang duk tunggu something tu yg korang harap-harap sgt leh berlaku, sanggup ke korang tunggu lama-lama? Erm.... Aku? Mmg la sanggup tunggu kalo ianya berbaloi. Walao pun certain perkara yg kita tunggu tu, kita tgk harapan nya amat la nipis.

Ape yg korang duk tunggu tu ek? X nak ke kongsi kat sini? Hehe. Aku skang ni, mmg tgh duk tunggu sesuatu perkara tu. Aku sanggup tunggu sampai la ianya betul2 berlaku. Sbb aku x leh bayangkan kalo aku cpt berputus asa di tgh jalan nnt, aku akan menyesal x sudah di kemudian hari, mcm ayat kat atas tu...

X ke lagi rasa berat kalo cpt putus asa? Mmg pedih hati ni kalo cpt mudah putus asa. So elak kan dari ad sikap mcm ni dlm hati korang. Kalo korang leh x putus2 duk kejar girlfriend/boyfriend korang selama ni sampai la korang couple, nape korang x terap kan semangat kejar & menunggu tu dlm hati korang tuk perkara laen...

Insyaallah, aku rasa, suatu hari nnt korang akan dpt pe yg korang duk tunggu tu. Tp tunggu shj mmg x leh jadi jgk, sbb xde usaha, xde la hasilnya.. Kena la berusaha dulu, baru la tunggu jika kita dah puas hati dgn usaha yg kita dh bt... Satu lagi, doa! Yes! Berdoa sentiasa dlm apa jua perkara yg korang bt...

ONE SHOT + ONE OPPORTUNITY = ONE MOMENT

Salam

Peluang datang hanya sekali sesetengah org ckp. Tp ada jgk certain people dpt 2 kali atau 3 kali peluang.

Tu semua bergantung pada masalah / hal / perkara yg berlaku atas kita sebenarnya. Dari situ, kita akan dilihat, layak ke kita ni menerima peluang yang seterusnya?

Tp ada jgk, orang yg tertentu tu, dah diberi peluang kedua & seterusnya, masih lagi x berubah-ubah? "NOTHING CHANGE"

Aku? Aku tergolong dlm org yg x berubah. Kini? Nak menyesal? Nasi dah jadi bubur der... Tp tuk kali ni, ku diberi peluang skali lg, x kan ku sia-sia kan nya! 

Kenapa? Sbb aku dah nampak skang ni, mana salah silap aku sebelum ni. Aku nak cuba baiki balik. Byk hal / perkara yg aku nak baiki. Insyaallah, diminta dimakbulkan Tuhan

So... Korang cmne? Dah dpt peluang tu gunakan elok2 x? Kalo x guna elok2, nnt menyesal lak. Bukan mudah nak dpt peluang yg seterusnya tau...

Gunakan la kesempatan yg ada selagi kita masih bernafas ni. Nnt dah KO, menyesal x sudah....

P/S: Ni la satu entry merapu yg aku pernah bt. Ni semua gara-gara "SHORT IDEA" + "CONFUSE" + "SLEEPY".... Zzzzzz

BELAJAR ATAU BEKERJA?

Salam


Belajar atau bekerja? Hal ni mmg sentiasa berlaku dlm hidup masyarakat zaman skang ni. Mmg x leh lari la. Selalunya hal ni berlaku kat remaja. Nmpk mudah je kalo kita sekali pandang/fikir ttg hal ni. Tp dua kali pandang? Ermm... Baru tau langit tu tinggi ke rendah kan?

Dilema ni berlaku selalunya disebabkan byk perkara. So, kat sini aku list kan beberapa antara nya...

WANITA PILIHAN MU?

Salam

Smlm duk melepak kat Restoran D' Osis, kat blkg East Coast Mall kuantan. Lepak dgn kawan-kawan aku yg gila belaka. Maksud aku, gila kat sini, gila-gila perangai. Bukan gila mental k! Diorng ni suma satu tempat keja dgn aku kat Citiview Hotel.

So, sampai-sampai, aku order je terus air & makan. Perot jgn ckp la, bkn maen lapor der! Order la Nasi Goreng Ayam Kunyit & Roti Kosong 2. Haha. Bapak melantak aku! Air, mcm biasa, my favourite, Teh O Ais. Kitorng ni kalo melepak ada habit, dgn buka topik borak kosong kitaorng dgn mengumpat & gosip... (Zzzz.. Mcm perempuan la..)

Tu je la keja kitaorng kalo melepak. Duk kutuk org je. Ada je cite nya. Lepas duk puas kutuk/gosip org sana sini, mkanan pun dh hbs, duk la rileks-rileks jap tunggu perut ni reda skit. Tiba-tiba kwn aku sorang ni yg pemikiran nya hanya terletak pada 3 perkara iaitu, Pertama - Seks. Kedua - Maut. Ketiga - Masa Hadapan, bertanya ttg satu soklan yg buat aku terkedu diam, seribu bahasa.

HAPPY NURSE DAY

Salam


When you're a nurse you know that every day you will touch a life or a life will touch yours
Yes! Korang faham x "Quote" yg kat ats ni? Faham? Bagus la kalo faham. Kalo x fhm, bt2 je la fhm k. Hehe. Malas bebenor den nak menerangkan nya. Tp kalo korang seorang Nurse/Jururawat yg cekal & berdisiplin, for sure, korang akan faham maksud "Quote" kat ats tu.

Dan aku begitu pasti, kesemua kwn-kwn aku yg bekerja sbg Nurse memahami maksud tersirat dari "Quote" ni. So, to all my frens yg aku panggil Nurse/Jururawat, HAPPY NURSE DAY guys! Korang la salah sorang insan mulia di dalam dunia ini dlm membantu mereka yg memerlukan bantuan dari fizikal atau mentaliti.

Jd nurse bkn mudah. Byk dugaan nya. Salah satu nya, sifat sabar menjadi agenda utama dgn karenah pesakit yg 1001 perangai org kata. Tp, seorang nurse telah dilatih dlm menghadapi situasi tersebut. Seorang nurse kdng2 nmpk garang dari rupa, tp sebenarnya hati mereka, mulia & penyayang.

Happy Teacher's Day

Salam

A Good Teacher Is Like A Candle - It Consumes Itself To Light The Way For Others
Hari ni 16 Mei 2011. Ad apa dgn tarikh ni? Yes... Setiap tahun pada tarikh 16 Mei, para guru sekolah akan diraikan. Selamat Hari Guru ku ucapkan secara umum kepada guru-guru yg berhempas-pulas mengajar anak-anak muda x kira di sekolah rendah mahupun sekolah menengah

Selamat Hari Guru juga ingin ku sampaikan pada mereka yg pernah mengajar aku secara formal atau tidak formal, secara langsung, atau tidak langsung. X kira siapa, kalau seseorang itu mengajar kita ttg sesuatu perkara, kita boleh lah describe diorng sbg guru. Kecuali mereka yg mengajar kita benda yg bukan2 la. X kan org mcm tu kita nak anggap sbg guru kan.... Hehe

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Tema tuk hari guru pada tahun 2011.  Dari tema itu, kita dah boleh lihat yg guru punya proffesion memainkan peranan yg amat penting sekarang ni. Diorng ni la yg akan menggerakkan segala pelan yg telah disusun oleh kerajaan seterusnya menjadikan masyarakat muda iaitu bermula pada kanak-kanak tadika/pra-sekolah ke murid sekolah rendah diikuti oleh pelajar sekolah menengah & diakhiri anak-anak muda di menara gading, menjadi orang yg berjaya.

Bagi sesetengah orang, mudah dicakap berbanding melaksanakan sendiri. Kalo nak tau susah ke x jadi guru, try la mengajar seseorang yg terdekat dlm hidup kita ni ttg sesuatu perkara. Baru la kita tau, langit tu tinggi ke rendah. Baru la kita tau proffesion guru ni payah atau senang.

Staff Birthday Party

Salam

Ptg td aku join birthday party dgn staff yg laen di tempat aku bekerja. Hotel tmpt aku bekerja ni, diorng ada tradisi smbut birthday staff. Tp disebabkan mulai dari october tahun lepas smpai mei tahun ni, hotel x pernah bt birthday party, so diorng satukan skali staff yg lahir dr bulan october hingga mei & bt birthday party tuk diorng ni.

So, bila dah dari October sampai Mei, tu bermakna secara auto nya, nama aku termasuk skali dlm list staff yg akan smbut birthday sbb aku lahir bulan november 23rd. Hehe. Bukan maen seronok lagi sbb aku ni bleh dikira staff paling junior dlm hotel tmpt aku keja. Tp, tup2, nama aku pun tersenarai.. Hehe..

Owh, lupe nak bg tau. Aku keja kat Citiview Hotel, Kuantan. Hotel biasa2 je. Aku keja kat departmen "Food & Beverage" atau mudah dipanggil & dikenali dgn F&B. Kerja aku mcm waiter la kat coffee house.

Ptg tu, tuk staff party tersebut, departmen kitchen bt menu "Laksa Penang", "French Tuna Toast", "Chicken Chop", "Milk Puding" & Cincau Ais. Pas tu, x lupa jgk kitorng dijamu dgn kek special panjang nya dari Secret Recipe rasenya. Kek apa nama aku x tau, tp ada rasa mcm blackforest gitu kek nya.

HAPPY MOTHER'S DAY

Salam


Hari ni dah 8 Mei 2010. So, apa yg special ttg hari ni? Bg aku, ada dua event special yg berlaku tuk aku pada hari ni. Salah satunya, ialah Hari Ibu. Satu lagi, nnt la aku cite kan k.

Yes! Happy Mother's Day to all ibu / mom / mami / mama / mak yg ad di dunia ni terutama sekali Happy Mother's Day aku ucapkan pada mama ku yg tersayang, Puan MAHAROM BINTI GHAZALI. Alhamdulillah, acik berdoa & berharap mama akan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T senantiasa & hidup bahagia bersama papa, anak-anak & cucu mama.

Tanpa mama, siapalah abg chik di dunia ni. Terima kasih banyak-banyak pada mama di ats segala pengorbanan yg telah mama curahkan selama membesar kan acik selama 23 tahun ni. Moga Tuhan sahaja yg dpt membalas segala jasa & baik mama selama ni.

HAPPY MOTHER'S DAY MAMA... I LOVE YOU SO MUCH!

What A Wonderful Morning..

Salam


MCDONALD BREAKFAST SET

Huuuuaaahhh... Penat nya badan bila bangun pagi2. Tp nak bt camne, kalo aku tido lebih2 waktu lak, ptg nnt bdn aku cpt penat lak. So, bila dah bangun pagi awl, mcm biasa kena la yg pertama kali, perut ku perlu diisi. So, nak mkn pe ni? Yes! Mcdonald! I Lovin It! Hehe..

Tuk 1st time jgk, entry ni aku tulis sambil breakfast kat Mcd. Pas 2 ditemani satu set hotcakes with sausage, Hash Browns & secawan hot milo. Hbs campur aduk sekali english melayu aku. Haha. Dah la mcd kuantan ni, tepi pantai, fuh! Angin pagi2 dtg, mmg sejuk. Cantik plak 2 scene nya...

2 HOTCAKES, SAUSAGE, HASH BROWN & HOT MILO

Tp agak syg, aku nikmati benda ni suma, berseorangan. Kalo ada yg meneman, sorang pun jadi la. X la sunyi aku ni sorang2. Tp xpe, kalo ada teman, mcm mana aku nak tulis entry aku ni kan. Duk borak2, sambil mkn, xde nya siap aku nya entry ni.

Aku pun pasti, yg korang pun pernah ada breakfast yg camni kan. Kalo bkn Mcd pun, Kfc ke, atau kat rmh korang, breakfast dgn family sendiri. Tul x? Sebut pasal family, hari ni kuantan cuti sbb birthday Sultan Pahang. So, ramai la manusia amik kesempatan tuk bawak diorng nya family breakfast kat Mcd ni. Bkn maen meriah aku tgk. Aku sorang jgk yg solo..hehe

Nak duduk lama-lama pun x leh kat mcd ni. Sbb aku pun kena siap2 tuk keja ptg ni. Keja jgk wei walao org laen bergumbira hari ni di kuantan. Sabo je la. Tp aku dah bersyukur leh bangun pagi n pi breakfast kat mcd sambil bt entry ni. Bkn mudah wei aku nak bangun awal. Besok & seterusnya? Hehe... Aku lum pasti bleh ke x aku bt camni selalu. Tgk duit jgk la bah! X kan hari2 ko nak breakfast kat Mcd. Pokai la der!

So, aku stop kat sini dlu. Jumpa semula mlm nnt maybe, tuk aku nya nxt entry iaitu "Supper di Mcd!" Hehe. Xde2. Insyaallah, aku x penat balik keja, aku update la entry baru. Owh yes! Aku terlupa, aku nak join segmen "Blogger Paling Sempoi/Cool". Segmen ni, komuniti Syoknya Blogging yg create. So, aku x kira aku nak join jgk sbb aku rasa diri aku mmg COOOLLLLL... Hehe. Ait! Salam.

Movie Time!

Salam

Weeeeee! Bulan mei ni mmg bulan movie la... Byk bebenor movie2 baru akan ditayangkan di pawagam berdekatan, kebanyakkan nya filem yg dijangka akan meletop, gempak, best semua nya

Ni telah membuatkan aku tuk melakukan movie marathon kalo berkesempatan atau free dari waktu kerja spt mana pernah ku lakukan sebelum ini. Tp, ckup ke duit yg ko ada tu Ikhwan wei, kalo ko nak pi tgk movie? Hehe..

Insyaallah. Ckup kot. Bulan mei ni, filem yg aku duk tunggu-tunggu telah pun direlease kan kat Malaysia. Filem ape? Yezza... Filem "Fast & Furious 5". Movie ni x pernah aku miss dari sekuel filem dia yg pertama iaitu "Fast & Furious 1" sampai la "Fast & Furious 4". Tahun ni, kuar yg ke-5, mcm biasa, kena la pi tgk. Sedap ke x, gempak ke x, laju ke x, thrill or tidak, kena la korang masing2 pi tgk sendiri. Ait!

FAST 5

Selain movie td, movie yg ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia sendiri akan release 19 mei nnt. Movie ni sblm ni pernah dipertonton kan kpd rakyat Malaysia pd setiap petang di TV3 ttp melalui media "Drama". Mesti korang  dpt agak kan drama pe? Yes... Dari drama yg meletop-letop, pergi ke filem, apa lagi kalo bukan movie, "Nur Kasih". Kalo drama nya leh bt org jd gila duduk satu jam dpn TV x bergerak, ni kan lagi filem nya. Kita tgk nnt, boleh ke x, filem Nur Kasih memberi impak seperti drama nya sebelum ini.

NUR KASIH THE MOVIE

Erm.... Movie "Thor" korang dah tgk? Aku pun lum tgk. 6 Mei nnt baru release. Tp bila aku baca kat web-web tertentu di luar negara, kebanyakkannya ckp biasa-biasa sahaja movie nya atau boleh tahan la. Aku bila org dah ckp movie tu cam suam-suam kuku je, aku pun pe lg, malas la nak bazir duit, masa pi tgk movie camtu. Utk pengetahuan korang, Thor ni diadaptasi dari komik Marvels mcm spiderman & x-men tu. Berkisarkan ttg Tuhan Kilat mengikut fahaman org kristian. Agak nya la..

THOR

Apa-apa pun, kalo nak tgk movie mcm marathon, yg paling penting kena la ada duit yg mencukupi. Kalo xde, tunggu je la org copy & upload kat mana2 web. Then, download, & tgk kat Tv HDMI 42 inci flat screen rumah korang suda. Best pun best. Korang leh ulang 2,3 kali ikut suka ati korang... Amacam? X pun, tunggu je movie2 ni kuar kat astro. Bila kuar, aku pun x pasti. Hehe..

So, ats korang la nak plan mcm mana hujung minggu korang. Aku dah ad plan sendiri. Sape-sape nak join, bleh je. Tp duit tiket wyg, mkn pe suma, sendirian berhad aaa....hehe

Labah-Labah Serang Blog Aku

Salam


Fuh! Lama bebenor blog aku ni x diupdate. Dah berhabuk segalanya. Hehe. Cik labah-labah bukan maen beraya sakan satu family bt sarang dlm blog aku ni. Tp xpe, aku dah vakuum balik td. Dah comel balik.

Nape aku lama x update blog? Salah saty reason nya sbb tenet di rumah aku x berbayor & dipotong bt smntra waktu. Selain tu, sbb aku sibuk dgn persiapan interview kerja sana sini. Ye la, x kan aku nak hidup goyang kaki je atau hidup tanam anggur je. Pas tu, mn plak aku nak cekau duit nak bayor tenet rumah nnt. Zzzzz...

Alhamdulillah. Keja pun dah dpt (Keja halal k. Gaji nya kecil2 aja pak!), boleh lah aku kutip balik masa2 aku tinggal sebelum ni, & update balik blog aku. Tp aku x dpt la janji boleh update blog ni selalu. Sbb aku dah kena duk bahagi masa utk keja, berehat, blog & sbg nya.

Yezza... Korang pun leh tgk kan aku nya blog entry tuk bulan 4? Teruk kan? Hehe. Berapa keping je sgt entry nya. Bln 4 mmg bz skit org ckp. Nak2 lagi sblm aku sibuk dgn interview aku diserang oleh "Appendix" & ditahan kat hospital. Sabo je la.

So, hopefully, bulan 5 ni & seterusnya aku leh fokus balik kat blog aku ni sikit2. Tgk skang ni pun cik nuffnang dah x sudi tuk jenguk blog aku ni. Makin menipis la akaun nuffnang aku x berduit. Hehe. Aku tgk analitik aku, Ya Ampun! Kok nya amat rendah skali gitu tuk bln 4 ini. Boleh dibilang dgn jari gitu pengunjungnya.

Tp xpe. Insyaallah, segala nya dah selesai, blog "Freedom Of Speech" akan berfungsi kembali. Amin..