Salam
Dah lama aku x update blog ni. Mcm - mcm benda/hal berlaku sejak minggu lepas. Ni pun x selesai lg hal nya. Aku nak sentuh keyboard pun bkn maen la payah. Tp mlm ni, dpt jgk aku update blog aku ni. Ada jgk masa skit.
Sbrnya aku nak join segmen Mr Ben Ashaari kita, iaitu segmen "BLOGGER IKUT NEGERI" dengar katanya. Tp x sempat. Aku dpt tau pun td 5 minit sblm deadline nya kul 12 td. Melepas lg aku! Sabo je la. Sambil2 duk blogwalking td, aku layan la lagu kat youtube. Then aku click la satu lagu P. Ramlee yg digubah sedkit, (orang panggil remix gitu), iaitu lagu " Tiada Kata Secantik Bahasa " dari Monoloque. Fuh! Mmg best la lagu tu. So, aku dgn tiba2, decide tuk bt post pasal dia.
Ait! Tp xde la detail citenya. Skit2 je. Tu pun aku amik data ni dari En. Wikipedia je. Tq so much En. Wikipedia. So, sebelum aku panjangkan lagi, aku cite la skit pasal P. Ramlee ni. P. Ramlee atau nama sbnr nya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada pagi Raya Aidilfitri 22 Mac 1929. Pagi raya tu..Patut la bertuah sgt dia ni dgn kejayaan dlm hiburan. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang.
P. Ramlee spt yg kita kenal merupakan seniman yg penuh karya. Pada zaman dia dulu. bukan saja lagu, filem yg dibintangi dan diarahkan nya turut popular pada waktu trsebut. Sape x ingat dgn filem komedi nya spt "Seniman Bujang Lapok" & "Pendekar Bujang Lapok". Lagunya yang masih berkumandang sampai skang ni spt "Jangan Tinggal Daku", "Dimana Kan Ku Cari Ganti" & sbg nya.
Dgn berbekal kan bakat yg ada, pelbagai alat muzik beliau leh maen. Fuh! Terer beb, wa ckp lu! Haha. Selain dari tu, beliau juga sempat berumah tangga sewaktu beliau hidup. Bukan sekali, ttp 3 kali. Isteri pertamanya, ialah Junaidah Daeng Harris (1950), & perkahwinan ni bertahan 4 tahun je. Isteri kedua nya pula ialah Noorizan Mohd Noor (1955), seorang kerabat diraja. Walau bagaimanapun, perkahwinan kedua ni pun x bertahan lama hingga kan dia bertemu Salmah Ismail atau lebih dikenali sbg Saloma. Mereka berkahwin pada tahun 1961 & perkahwinan ni kekal hingga ke akhir hayat mereka berdua.
Rasanya cukup la little info yg aku bg ni. Just bagi yg penting2 je ek. Ait! Sebelum aku tutup, korang ade dengar x lagu2 yg P. Ramlee yang telah digubah susunan asal lagu nya. Mesti korang pernah dengar kan? Yes! Hari itu kan ada konsert Tribute tuk P.Ramlee. Cuma aku x ingat tarikh nya. Tp, sewaktu konsert tersebut, semua lagu P. Ramlee diubah dan diberi nafas baru. Lirik nya masih sama k.
Walao pun ramai yg x suka, aku x kisah pun walau pun lagu tu digubah mcm mana pun. Aku harap lirik nya je kekal pun kira ok. Sekurang nya, aku leh ingat pada Seniman Agung P. Ramlee bila aku dgr lagu dia balik x kisah la versi lama atau veris baru. Kat bwh ni aku list kan lagu2 P. Ramlee yg diberi nafas baru atau di REMIX kan. Hehe..Kalo nak dgr search je kat youtube. Berlambak ada. Enjoy k!
- Jeritan Batinku - Azlan The Typewriter feat AG
- Di Mana Kan Kucari Ganti - Various Artist
- Gelora Jiwa - Yuna
- Tunggu Sekejap - Hujan
- Itulah Sayang - The Ramless
- Jangan Tinggal Daku - Seven Collar T-Shirt
- Malam Bulan Di Pagar Bintang - Awan Band
- Pok Pok Bujang Lapok - One Buck Short
- Tiada Kata Secantik Bahasa - Monoloque
- Ya Habibi Ali Baba - Meet Uncle Hussein
6 Critics:
Err.. sape yg bagi title "Tan Sri Dr." tuh ek? ke ko main2 jer letak?
@kyo_9 - Tu la ko. Cuba la amik tahu skit ttg dunia seni kita. Jgn duk sibuk dgn dunia seni negara org laen je. Title Tan Sri dia dpt setelah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pd thn 1990. Agong bg dia anugerah "Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota" Title Dr plak dia dpt pada tahun 2005 dlm bidang seni persembahan. Selain tu, dia jgk dpt title "Datuk Amar Bintang Kenyalang" setelah dianugerahkan oleh kerajaan sarawak dgn anugerah "Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak" Bg aku, aku x kisah dia dipanggil Tan Sri P. Ramlee / Tan Sri Dr. P. Ramlee / Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee / P. Ramlee shj ke, yg penting dlm jiwa aku yg aku kenal, P. Ramlee ialah seorang seniman yg ada kelas tersendiri. Kalo ko nak info lagi, ringan2 kan tgn google k. X pun, try la cr filem dokumentari "Di mana kan ku cari ganti" Dr filem tu, ko kan tau satu persatu cite sebenar di sebalik hidup SENIMAN AGUNG P RAMLEE
aku kerja kat penang bro, rumah kelahiran dia kat penang dan masih ada untuk kunjungan orang ramai, tapi aku tak pernah pegi,,cari2 tak jumpa.tension gak aku.huhu
aku pon suka gak agu2 dia yang dah diubahsuai..lagi2 lagu "jangan tinggal daku" menusuk ooo....
@amry - adess..camne lak ko leh x jumpa? haha. ko x tawaf hbs satu pulau lagi ni..haha. Yup! aku suka lagu yg diubah tu..x keterlaluan sgt bg ak. org laen, aku x tau. Bg telinga aku, masih sedap didengar...
tu sh pasal bro..huhu..sekarang aku dah tak duk penang.kerja jer kat sana.lagi susah la aku nak tawaf.huhu
@amry - loo...patot la x jumpa. X sempat tawaf rupenya. Haha. Xpe2, nxt time, kalo ak ade dtg penang, aku ajak ko pi jln2 cari rumah dia. Haha
Post a Comment