Salam
Hari berganti hari
Hati ku pedih sentiasa menunggu dirimu
Walaupun ku tau dirimu tidak akan pulang kembali kepadaku
Kerna kesalahan yang pernah ku buat, dirimu mengundur diri
Ku berat, tetapi menerima keputusan mu dengan redha
Hari berganti hari
Hati ku sentiasa mengingati dirimu
Walaupun ku tau dirimu tidak akan mengingati diriku lagi
Walaupun persekitaran menyuruh ku berbuat yang sebaliknya
Ku kuatkan semangat menyatakan dirimu masih milikku
Meskipun dalam hal yang sebenar aku tidak layak memiliki dirimu lagi
Hari berganti hari
Aku sentiasa bertanya pada diri ini
Masih ada kah peluang tuk ku kembali ke ruang hatimu
Masih ada kah cinta dalam dirimu untuk ku walaupun sekecil zarah
Tetapi ku fahami peluang & cinta baru untuk ku tidak akan menjelma kembali
Hari berganti hari
Aku sentiasa bertanya pada diri ini
Perlu kah aku menggantikan dirimu dengan orang lain
Perlu kah aku menggantikan rinduku padamu dengan mencintai orang lain
Perlu kah aku menutup segala kisah, rindu dan sayangku kepadamu
Perlu kah aku?
Hari berganti hari
Segala berkenaan dirimu dengan diriku sebelum ini menjelma berulang-ulang
Tidak ku ketahui kenapa mengapa ianya berlaku
Mungkin kerna kesalahan yang pernah ku buat pada mu
Aku menerima padah nya kini selepas apa yang berlaku
Hari berganti hari
Aku ketakutan menerima berita yang dirimu dipunyai orang
Namun begitu ku paksa diri ini untuk menelan kisah tersebut
Kerna ku ketahui dirimu bukan milikku lagi
Kerna ku ketahui dirimu berhak untuk membuat demikian
Hari berganti hari
Aku berdoa untuk dirimu
Dengan doa sahaja lah aku sentiasa mengingati dirimu
Dengan doa sahaja lah aku ketahui dirimu akan menemui kebahagian yang baru dengan orang baru
Dengan doa sahaja lah aku dapat menyebut nama mu
Hari berganti hari
Ku senantiasa berharap dirimu menemui cinta baru
Cinta baru yang dirimu idam-idamkan selama ini
Dan diriku akan menunggu dirimu selama-lamanya
Kerna itulah janji ku pada mu sebelum ini
0 Critics:
Post a Comment