BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

Segmen : Mahu Jadi Diri Sendiri

Salam

Td duk bt blogjogging skit. Berpeluh-peluh fir dibuatnya. Dari blog kwn-kwn fir, fir lompat2 dari blog yg baru bg fir. Akhirnya sangkut kat satu blog. Blog Miszydian. Hijo gitu blog nya. Huhu. Cute giler.

Tp asal fir stop kat blog dia? Yup. Sbb saudari Miszydian ada bt satu segmen. Fir pun pe lagi. Sebab sblm ni jarang duk join segmen org, fir nak join la. Insyaallah, ada peluang, fir nak bt la satu segmen nnt.

Senang je segmen nya. Korang kena jwb 9 soklan Multiple Essay Question dari saudari Miszydian. Mudah je kot. Pada sape2 yg nak join segmen ni, leh la ke klik SINI. Ait! kat bwh ni, soklan2 nya serta jwpn. Hehe.

First Of All, korang kena letak Cop Mohor Rasmi dari blog Miszydian mcm kat ats ni dulu, baru leh join. Hehe. Comel kan?

1) Ruang di dalam rumah yang menjadi kesukaan kamu?
Tentu nya BILIK fir sendiri. Ruang ni la yang bagi fir kebebasan yg tinggi. Fir nak berangan ke, menari ke, menyanyi ke, apa-apa je la, bilik sendiri la tempat yg seswai. Hehe. Paling best kalo nak tido. Bilik fir mmg gelap habis, nak tido pun senang. Hehe.

2)  Pengalaman pertama kali bersama sahabat karib kamu?
Erm... Pe yek? Aha! Mandi sungai ramai2 dgn kwn2 fir. Sepatutnya fir kena pi kelas agama waktu petang. Ms tu fir darjah 5. Hehe. Nakal lg masa tu. Patot pi kelas, tp fir ponteng. Seronok bkn maen leh mandi sungai. Hehe. Sok nya, masa perhimpunan pagi, papa fir (guru besar tempat sekolah fir belajar) panggil suma murid yg ponteng kelas agama. Fir pe lg. Gelabah la! Dah kuar suma murid2 yg ponteng termasuk fir, papa fir rotan suma muridnya termsuk fir dpn suma guru & murid. Tp murid laen kena 2 rotan, fir kena lagi teruk. 5 rotan. Haha. Sabo je la.. Kena kat betis lak tu. Adess!

3) Tabiat buruk kamu yang cuba diubah?
Ada dua perangai yang sampai skang ni payah nak ubah. Sikap pemarah & boros fir. Sabo je la. Fir kalo marah, mmg x ingat dunia. Hbs suma sekeliling fir jd mangsa. Sbb marah la fir hilang seseorang yg fir sayang. Lepas dari tu, fir belajar tuk kawal marah fir. Dah ok skit skang ni. Boros lak? Payah! Payah! Rasa nya fir nak kena pi jumpa kaunselor kot dlm hal boros ni.

4) Jika kamu menjadi guru sekolah, mata pelajaran apakah yang akan kamu pilih?
Matematik sekolah rendah atau "early childhood development". Sbb pe? Math adlh fav subject fir dari dulu lg. Xde la pro sgt. Tp fir suka mengajar kanak-kanak. Mudah dikawal & mudah difahami. Utk "early childhood development" lak, maybe fir leh jd guru pra sekolah. Ajar budak2 pra sekolah. Kanak-kanak jugak. Hehe

5) Bagaimana kamu memujuk / menangkan rakan kamu yang sedang menangis kesedihan?
Maybe fir akan dgr apa yg kwn fir ingin sampaikan dulu. Bagi dia luahkan segala yang terbuku dlm hati dia. Insyaallah, kalo fir leh tlng, fir akan tolong dia semampu yg boleh. Tgk ats kerelaan kwn fir nak fir bantu dari segi apa.

6) Apa yang akan kamu lakukan apabila berada dalam keadaan marah?
Kalo dulu, bila fir marah, org & persekitaran sekeliling fir akan jd mangsa kalo fir marah. Mmg dulu fir x pandai kawal marah. Alhamdulillah, skang ni fir dah leh kawal. Skang ni, kalo fir marah, fir akan amik wudhu atau fir ucapkan "sabar fir, sabar" dlm hati fir sendiri sambil tarik nafas yg panjang 2,3 kali camtu. Baru lega marah fir.

7) Lagu rakyat atau lagu kanak-kanak yang cukup kamu gemari?
Hehe. Lagu ek? Lagu "cap cekur udang gamit". Sbb pe? Lagu ni la fir dibesarkan oleh papa fir. Sampai skang ni fir masih bleh dgr papa nyanyi. Tp bkn nyanyi tuk fir k! Hehe. Tuk cucu dia... X sangka!

8) Lelaki / perempuan idaman kamu berada di depan mata, apa yang akan kamu lakukan untuk menarik perhatiannya?
Ni mmg payah nak jwb. Hehe. Rasa nya fir akan jual minyak la kot. Hehe. Xde2. Fir akan diam kan diri. Tenung dia habis-habisan. Pandang sekali jek! Sbb kali kedua pandang, org ckp pandangan syaitan. Hehe. Dari jauh, fir akan tenung dia, hayati dia. Tp kalo dia sedar fir pandang dia, & dia dtg dekat kat fir, pe lg, terpaksa la fir buka mulut, jual minyak. Hehe..

9) Mata dan bibir kamu, mana yang kamu rasakan sering menarik perhatian orang?
Rasa nya xde kot. Mata & bibir fir xde la menarik sgt. Biasa2 je. X tau la org lain ckp pe kan. Maybe org laen ada pandangan sendiri. Owh! lupe2. Rambut fir, mahkota fir. Rmbut fir paling penting. Hehe. 

Fuh! Penat dah fir taip ni. Nsb baek 9 soklan je. Mcm jwb xm pun ada ni rasa... So, nak rest jap. Mlm2 kang kalo ada peluang, fir update la lagi blog ni. Ait! Salam!

6 Critics:

TIRHANI said...

pemarah? aww, takutnya. hehe. modified essay question la. semua laki pon nak jaga rambut. tak faham. perempuan jaga tudung je. hik :)

Fir Ikhwan Affandi said...

@ shat - Dulu la pemarah. Skang ni dah kurang skit. Sbb dulu, ego asyik terbang tinggi, sekali dah kena tembak, baru sedar, tanah tu nun jauh ke bwh. uiT? Ye ke? Kat tmpt saya belajo kitaorng panggil MEQ "Mutiple Essay Question".Hehe. XPe la. Mane2 je la kan. MEsti la rambut kena jg. Even laki botak pun, ramai perempuan duk terliur, ni kan lagi berambut. Hehe. Perempuan lagi nice bertudung. Seriously. Lagi ayu..

Diyanieee said...

wahh wahh wahh.. bilik gelap semacam jak.. ni mesti kes tido kt gua.. hihi..

nahhh ponteng kelas kena rotan 5 kali.. tu laa.. len kali jan ponteng2 taw.. hehehe..

menarik semua jwpn tu.. ehh jual minyak tu mcm na?? ehehe

jom share dgn yg lain kt sni plak..

http://miszydian.blogspot.com/2011/04/cerita-ini-belum-habis-lagi.html

Fir Ikhwan Affandi said...

@ MiSzy DiaN - Hehe. Dah terbiasa tido dlm keadaan camtu. X leh tido la kalo bilik ada cahaya skit pun... Biasa la kalo bdk2 yg blum baligh. Nakal nya bkn maen. Jual minyak? Mksud nya cuba tuk takel si "dia" dgn ayat2 manis la gitu.. hehe

wfaz said...

no 2 tu..masih ku ingat peristiwa tu..memang takut bile tgk cg.fendi marah..kalau dalam phimpunan..nak gerak2 pun takut..seronok zaman kecik2 dulu..

Fir Ikhwan Affandi said...

@ wfaz - Haha.. Biasa a tu.. Dah nama Cikgu Affandi. Mmg perwatakan dia mcm tu. TP skang dah slow skit, sbb dah ada cucu la katakan...