BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

Where Is The Happiness?


Kadang - kadang kita baru je nak kecapi kebahagian, tapi tiba-tiba, terjadi perkara yang tak diigini. Kebahagiaan yang kita kecapi sebentar tadi, hilang sekelip mata. Pedih, sakit terus datang tanpa diundang. Pelik kan.. Bagai satu sinonim di antara kekecewaan dengan kepedihan serta kesakitan.

Tak boleh ke aku kecapi kebahagiaan tu sedikit lama. Tak boleh ke aku pegang kebahagiaan tu dengan kukuh dahulu. Perlu ke aku sentiasa melihat kebahagiaan yang baru nak dibina, dirampas, hilang begitu sahaja. Berapa lama aku boleh bertahan dalam permainan yang cukup - cukup pedih ini.

Niat ku, impian ku tidak la terlalu besar. Sekadar sekumit cebisan. Secubit kebahagian sudah memadai untuk diri aku. Tapi yang sedikit itu juga la perlu berlalu pergi tanpa balasan. Pada mula nya dapat dipendam rapi di dalam hati. Tapi akhirnya, kepedihannya tak terhingga. Sakitnya tak dapat dibendung, tak dapat dipendam lagi


Tapi diri ni tetap degil ingin mengecapi bahagia tersebut dengan cara begitu. Kerna, diri ini tau, dimana diri ini perlu menumpang & mencari kebahagian tersebut. Dicari nya berkali - kali kebahagian tersebut melalui cara tersebut tanpa ada rasa jemu.

Bersabar dengan perangai kebahagiaan, kerna percaya, pada akhirnya kebahagian tersebut akan dapat dicapai jua. Bersabar dengan kekecewaan kerna percaya yang pada akhirnya, tiada lagi muncul nya kepedihan & kesakitan....

TAPI BERAPA LAMA LAGI PERLU AKU MENCARI KEBAHAGIAAN YANG AKU INGIN KAN TERSEBUT SEDANGKAN WAKTU KU SEMAKIN SUNTUK


0 Critics: