BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

TIKA

Salam

This is just a distraction entry...

Tika kau jadikan aku musuh pada matamu
Kan ku jadikan kau "Kawan" pada mataku
Agar mudah tuk ku mengenali & berkongsi sesuatu dengan mu

Tika kau jadikan aku musuh  pada matau
Kan ku jadikan kau "Teman Baik" pada mataku
Agar dapat diriku menjadikan dirimu seperti keluarga ku sendiri

Tika kau jadikan aku musuh pada matamu
Kan ku jadikan kau "Orang Yang Ku Hormati" pada mataku
Agar diriku tidak lagi melampaui batas terhadap dirimu

Tika kau jadikan aku musuh pada matamu
Kan ku jadikan kau "Orang Yang Ku Sayangi" pada mataku
Agar diriku tidak lagi mengulangi kesalahan lalu terhadap dirimu

Tika  kau jadikan aku musuh pada matamu
Kan ku jadikan kau "Orang Yang Ku Cintai" pada mataku
Agar diriku sentiasa & mudah untuk memahami segala nya tentang dirimu

Tika kau jadikan aku musuh pada matamu
Kan ku terima semua itu dengan redha & sabar
Agar diriku tidak perlu memarahi & membenci mu lagi

Tika kau jadikan aku musuh pada matamu
Kan ku katakan pada diri & hati ku serta berdoa
Di kemudian hari, dirimu tidak lagi memusuhi diri ini

Pada waktu & tika kemaafan dirungkai oleh mu padaku
Kan ku tutup mataku & pergi dengan tenang

WAGS

Salam

Kali ni simple entry je.. Korang tau x ape tu WAGS? Sape2 yg minat dgn bola sepak maybe tau ape WAGS tu. Nak2 lagi yg minat dgn team ENGLAND. Gelaran WAGS ni diberi oleh media massa England / UK slps World Cup 2006. 

So, pe WAGS ni? WAGS stand for Wives & Girlfriends of high rated football player. Dlm melayu nya, isteri/kekasih perempuan tuk pemain bola sepak yg terkenal. Td aku ckp kan sape yg fans team England, tau ttg bnda ni kan? Sbb pe? Sbb WAGS ni hanya femes tuk player team England je.

Mana2 diorng nak pi, World Cup ke, Euro game ke, friendly ke, mana2 game yg England involve, player England ni akan bwk sentiasa wives/girlfriends ni. Bt menyibuk je, ganggu fokus player! Sbb tu, England merudum dlm game international diorng skang ni.

Kat sini aku nak bagi Top 10 list WAGS yg terbaru. Siapa WAGS tersebut & player bola mn yg jadi psgn WAGS tersebut....

The Life...

Salam

Hidup bersendirian tanpa pertolongan sesiapa tidak mematahkan jiwa sesetengah manusia dlm menghadapi segala dugaan & rintangan yang datang. Bagi mereka itu semua hanya lah ujian dari tuhan yang ingin melihat kesabaran dan sikap berdikari kita sendiri.

Tangan yg dihulur tidak dicapai. Keperitan yang terpancar tidak disambut dgn pertolongan. Tinggi nya mereka, dtg la kita. Rendah nya mereka pergi lah kita. Itulah sifat manusia kini. Tiada lagi susah bersama, senang bersama. Pedih tuk melihat, pedih lagi tuk menelan perbuatan sebegini...

Bagaimana tuk kita ubah perkara & persekitaran begini. Tanya diri? Tepuk dada? Itu bukan la jalan nya lagi. Dlm diri ini, perlulah kita terbit kan suatu perasaan kecil, cukuplah kecil sahaja ruang nya. Kemudian, penuh kan lah ruang tersebut dengan sikap yg terbaik & murni... Insyaallah, persekitaran di atas beransur pergi

Tapi kini muncul suatu suara di balik sinar gelap menyebut, "Mudah tuk dikatakan, tapi sukar tuk dilaksanakan". Apa yang perlu dibalas dgn kenyataan tersebut? Biarkan sahaja mereka dgn alasan begitu. Mereka masih berada dlm hidup fantasi & kesenangan mereka.

Ingat lah kita bersama, pabila kita yg susah akhir nya meniti kesenangan & kegembiraan, jgn lah lupa pada yg masih berperang dgn keperitan & kesedihan. Bantulah mereka, Insyaallah kelak berkemungkinan kesenangan yg kita baru kecapi akan berterusan berpanjangan.

Some people accidentally walk over your feet and apologize...While some people walk all over your heart and don't even realise
Pandang lah ke belakang bukan tuk melihat keperitan yg pernah dilalui, tp pandang lah ke belakang tuk jadikan keperitan sebelum ini sebagai panduan di masa hadapan