BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures �

Perginya 2010, Datangnya 2011

Salam


    Org laen dah siap buat smlm lg post ttg tahun 2010/2011 ni. Aku? Aku terhegeh-hegeh lg mcm kura-kura. Bkn nya malas, tp tak suka tuk aku pandang balik ke belakang. Tp org ade ckp, tuk maju ke hadapan, kita sekurangnya perlu lah jenguk ke belakang. Betul ke? Aku rasa logik jgk. Tiba saja tahun baru, semua org akan berikrar, berjanji, membuka buku baru. Aku plak tak pasti dengan hidupku tuk tahun 2011. Aku belum membuat apa-apa azam utk tahun yang baru ini. Perjalanan hidupku tuk tahun 2010 agak perit. Pelbagai perkara berlaku melibatkan perkara duka/hitam ke hampir semuanya.


    Ku mula kan dengan pengajian ku. 2010, pengajian ku berakhir. Tetapi bukan berakhir dengan gembira. Berakhir dengan kesedihan. Aku memilih sendiri perjalanan yang berliku tuk ku tempuhi bagi tahun 2011, walaupun byk peluang diberi padaku sebelum ini. Aku mengecewakan diriku dan orang di sekelilingku. Entah apa yang ku fikirkan, tidak ku tahu. Apa yang ingin ku capaikan sebelum ini, tidak pernah ku ketahui. Semua kesedihan ini ku terima disebabkan pemikiran ku yang cetek. Ingin ku undur waktunya, tetapi masakan boleh, kan? 


    2010 juga tahun yang sukar untuk ku dalam perhubungan. Perhubungan diantara kawan-kawan & perhubungan ku dengan "Dia". Dua perhubungan yang berakhir dengan suram. Org ckp berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Tp apa yg berlaku pd aku, sebaliknya. Nak katakan seribu, sepuluh pun belum ku capai kawan-kawan yang tinggal dan berhubung dengan ku. Tp ku bersyukur kerna masih ada yang setia bersama, sudi berkawan dengan ku. Ku berdoa biarlah mereka ini yang ku gelar, "kawan sejati" atau "kawan dunia akhirat" diberkati oleh Allah S.W.T senantiasa. Tuhan sahaja yang boleh membalas jasa yang mereka lakukan kepada ku. Insyaallah.

Meh la kita berhenti BERDENGKUR / SNORING

Salam

    Patutnya, first post tuk tahun 2011 ni, kita duk cerita pasal musim 2010/2011 la kan? Aku mmg nak duk cite pasal tu, tp malam-malam skit la cite pasal hidup aku di 2010 dan yang baru di 2011 ni. Malam baru ade feel skit nak cite pasal bnda tu suma. Lg pun byk benda nak cite kalo libatkan 2010/2011 ni..So, aku go on balik dgn post kesihatan aku hari ini.

    So, aku nak bercakap pasal pe hari ni? Yup! Pasal berdengkur atau "Snoring"...Aku agak la kan, mesti dalam family korang, salah seorang nya bila tidur, mesti berdengkur giler2 nya. Btul x? Kalo x husband, mesti wife, atuk ke, nenek ke, ayah ke, mak ke, adik ke, abang atau korang sendiri yang berdengkur. Kan? Kan? Kan? Hehehe...Mcm2 bunyi, mcm2 jenis dengkur ade kat dunia kalo korang nak tau. Tp, kita yg tak berdengkur, bleh plak bt hal berdengkur / "snoring" macam satu bahan lawak. Hoho, lawak, lawak jugak kawan2. Kalo korang nak tau, berdengkur semasa tidur ni, BERBAHAYA k, boleh membawa kepada simptom yang serius iaitu OSA atau "Obstructive Sleep Apnea". So aku cite la skit ape itu OSA, ape itu "snoring" and cmne nak elakkan "snoring" ni k!. Owh satu lagi, pada sesiapa yang ingat dia tak pernah tidur tanpa kehadiran "snoring" ni, mintak maaf ek. Kemungkinan korang tuk "snoring" sentiasa ade k.

Faizal Yusop Meninggal?

Salam.

    Faizal Yusop  a.k.a ex husband Siti Nordiana (Penyanyi) dikatakan meninggal dunia sebentar td dlm kul 2.30 ptg di Hospital Pusrawi akibat diserang sakit jantung atau "heart attack". Mula-mula tak nak percaya, tp setelah selidik di web, tv & radio, dipercayai Faizal telah selamat kembali ke Rahmatullah. Sama-sama la kita sedekah kan Al-Fatihah buat arwah dan saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan salam takziah buat ahli keluarga arwah Faizal Yusop. Moga roh arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Sebelum ini, arwah Faizal sempat berlakon di dalam satu drama yang ditayangkan di TV3 yang menjadi tontonan hangat setiap rakyat Malaysia pada waktu petang iaitu drama "ADAMAYA"...AMIN

    Setiap Yang Hidup Akan Mati, Di Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan, & Dari Tanah Allah S.W.T Jadikan kita, Kepada Tanah Juga Kita Kembali.