Kadang - kadang kita baru je nak kecapi kebahagian, tapi tiba-tiba, terjadi perkara yang tak diigini. Kebahagiaan yang kita kecapi sebentar tadi, hilang sekelip mata. Pedih, sakit terus datang tanpa diundang. Pelik kan.. Bagai satu sinonim di antara kekecewaan dengan kepedihan serta kesakitan.
Tak boleh ke aku kecapi kebahagiaan tu sedikit lama. Tak boleh ke aku pegang kebahagiaan tu dengan kukuh dahulu. Perlu ke aku sentiasa melihat kebahagiaan yang baru nak dibina, dirampas, hilang begitu sahaja. Berapa lama aku boleh bertahan dalam permainan yang cukup - cukup pedih ini.