BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

Untuk 3 Hari

Salam

     Aku ada 1 soklan nak tnya korang. Korang kenal x dgn Ahadiat Akashah. Penulis novel yg terkenal dgn novel "Lagenda Budak Setan", "Katerina" & "Kashah - Lagenda Berakhir"? Mesti korang kenal dia kan? Sbb novel nukilan nya, iaitu "Lagenda Budak Setan" telah diadaptasikan ke filem dgn judul yg sama. Filem tersebut mendapat sambutan yg hangat, sampai ade jgk lelaki yg pi tgk filem tersebut, meruntum jiwa, menangis dlm pawagam...Huhu..Hebat penangan citenya...

Filem "Lagenda Budak Setan"

     Tapi mlm ni, aku nak cite pasal bnda baru pasal novel Ahadiat Akashah ni. Yup, mungkin ade yg dah tau, & mungkin ade yg belum tau. So, aku kongsi je info ni sama-sama k. Sebentar td, aku duk godek2 Facebook & Twitter aku, terjumpa la news berkenaan satu filem baru yang akan diterbitkan berdasarkan novel Ahadiat Akashah ni. Filem pe? Tu ha, tajuk post aku kat ats! Tu la tajuk filem tersebut...

Novel Ahadiat Akashah - "Untuk 3 Hari"

     Yezza.... Lagi novel nukilan saudara Akashah ni diadaptasi kan ke filem iaitu novel "Untuk 3 Hari" & filem tersebut jgk berjudul "Untuk 3 Hari". Aku baca lagi kat FB tersebut, filem tersebut telah siap, selesai menjalani penggambaran nya baru-baru ini, pada awal tahun 2011. Pengarah nya sape? Pengarah nya bukan  lah Sharad Sharan, sbb beliau masih sibuk dengan menyiapkan filem sequel selepas "Lagenda Budak Setan". So? Who hold the HOT Seat? My man, pengarah berbakat kat malaysia iaitu Afdlin Shauki...

     Abg Afdlin kite yg telah mengarahkan filem tersebut. Fuh! Aku agak-agak la, kalo filem "Papadom" dia leh meletop kaw2 & dpt anugerah yg berprestij, ni kan lagi filem "Untuk 3 Hari", dimana jalan citenya diambil dari novel. Mesti ada yg meruntum jiwa bila balik rumah punye la...Bila nak ditayangkan, aku x pasti. Sbb xde plak aku terbaca. Aku rasa, dlm tahun ni, kuar la kot filemnya. Sbb dgr kata, dh ade konsep baru dlm Peraturan Wajib Tayang. Pengarah filem melayu kita dicabar tuk buat filem yg bermutu, yang boleh ditayangkan di pawagam sekurangnya, 2 filem melayu baru setiap minggu, ditayangkan di pawagam. Mak Aih! Jenuh la pengarah-pengarah nak buat filem banyak2 dlm satu masa.

     Ape pe pun, terserah la pada pengarah-pengarah ni, tuk melakukan yg terbaik dlm menghasilkan filem yg bermutu. Cuma kena ingat satu, buat filem bkn tuk syok sendiri, bt filem tuk hiburkan org..Ait? Anyway, akan ku tunggu filem "Untuk 3 Hari" ni kuar di pawagam nnt. Nak tgk dgn sape, blum ku pasti. Aku pun x tau, bila la mood aku tuk pi tgk wayang kembali. Dh hilang lama dah...Sebelum aku akhiri aku nya artikel ni, aku coretkan sikit sipnosis novel "Untuk 3 Hari" ni. Ait! Meh la kita sama-sama tunggu filem ni k!

SIPNOSIS NOVEL "UNTUK 3 HARI" (AHADIAT AKASHAH)

Kita sering memandang ringan tentang perceraian! lihatlah saja angka perceraian yang semakin meningkat saban tahun. Apa puncanya? Macam-macam! & bagaimana jikalau sepasang kekasih yang telah pun memeterai janji sehidup semati terpaksa memenuhi permintaan untuk mengahwini pasangan yang dipilih keluarga? Begitulah yang dialami sepasang kekasih ini dan kerana tidak mahu menghampakan harapan keluarga, mereka memenuhi juga hasrat itu. Lalu, mereka berjanji berkahwin hanya untuk tiga hari. Mereka telah memilih tarikh, waktu dan aturcara yang sama. Tatkala si dara bersanding, di majlis yang lain… Si udanya juga sedang diraikan di atas pelamin! &, mereka laluinya dengan hati yang terluka sedangkan sanak-saudara gembira ria meraikan raja sehari. Lalu, selesai saja majlis persandingan, mereka mula menghitung hari, 1, 2, 3… & apabila tiba hari yang ketiga itu, bagaimanakah mereka akan meluahkan hasrat untuk bercerai terhadap pasangan masing-masing? Terbayang tawa ria ayah dan bonda, kemeriahan majlis perkahwinan yang telah merela lalui dengan keriangan famili dan sahabat handai yang berkunjung datang! Dilema mula menghantui dan masa terus berlalu, tik, tok, tik, tok… Adakah mereka akan pegang pada janji yang telah disemai… Berkahwin hanya untuk tiga hari?

2 Critics:

Admin said...

aku tak tengok..ngeee
tapi yang bersiri dalam astro ni....pon tak tengok.wakakaka...tapi gilor panjang doh siri die...tapi tang situ gak pon citer die. adehhh

Fir Ikhwan Affandi said...

Haha..try2 la tgk bro. Bukan nak suh jd jiwang gile2. Aku tgk jgk yg series kat astro, tp asyik lompat2 je tgk. Xde masa nak ikut btul2. Mmg pnjg, sbb mmg dia amik btul2 nya dr novel.